Friday, February 4, 2011

Menyambut Kelahiran


PENGUMUMAN
Mulai awal tahun 2014 saya tidak lagi menyambut kelahiran bayi melainkan mereka yang perlu elective cesarean section.

Saya menyambut kelahiran dan melakukan pembedahan cesarean di Hospital Pantai Bangsar ( Talipon  line utama 03-22960888  Labour ward 03-22960909) keatas kes2 yang terpileh sahaja. Selepas rawatan kemandulan dan hamil saya akan jaga waktu prenatal sehingga 5-6 bulan kehamilan dan pesakit2 akan buat pilihan lahir dihopital lain samada kerajaan atau swasta.

Mereka yang memileh hospital lain untuk kelahiran akan diberi laporan medical atas rawatan yang diberikan termasuk pembedahan jika ada. Walau demikian mereka bolih juga teruskan jagaan prenatal dengan saya setelah mendaftar untuk kelhiran dihospital lain.

Manakala yang meminta saya sambut dihospital Pantai Bangsar(PMC) akan terus mendapat jagaan prenatal diklinik saya mengikut jadual dan akan diberi surat booking untuk kelahiran diPMC pada 32 minggu umur kandungan. Bila ada tanda2 sakit bersalin atau lain2 masalah, sila hubungi sister  labour ward yang available 24 jam melalui talian 03-22960909.

Jagaan prenatal dua bulan terakhir kehamilan adalan sangat penting untuk memantau gejala dan bahaya yang munkin mengancam nyawa ibu dan bayi. Waktu ini pertumbuhan berat bayi akan meningkat dengan pesat. Saya akan juga memberi nasihat tentang cara mana yang lebih selamat untuk kelahiran - normal atau bedah pada bulan terakhir.





Kalau saya fikirkan lebih wajar dan selamat untuk lahir secara pembedahan cesarean saya akan tetapkan tarikh bedah antara 37 -39 minggu umur kandungan.





No comments:

Post a Comment