Friday, February 4, 2011

Ultrasound scanning

Kemudahan ultrasound scanning disediakan untuk menampong segala keperluan pesakit2 yang mengalami berbagai masalah kesihatan wanita


Beza scan perut dan vaginal scan

Scan janin awal kandungan

Di peringkat awal kehamilan, (baru missed period 5-7 hari)  ujian kencing pertama pagi untuk UPT home test ( bolih dibeli dari farmasi) adalah cara pengesahan kehamilan. Ketika itu jika buat vaginal scan(TVS) akan nampak karung kehamilan saja, janin belum kelihatan. Bila sudah delay 2 minggu, iaitu umur kehamilan 6 minggu , TVS akan dapat kesan janin dan denyutan jantung bayi.

Gambar scan 7-8 minggu kehamilan. Kelihatan segumpal daging (mugdah - Quran) , dalam imej scan putih warna disekelilingi hitam (air toban) . Ditengah  putih akan kelihatan denyut jantung.





Kehamilan 12 minggu - sudah ada bentuk janin, organ2 tangan dan kaki sudah sempurna. Bayi akan kelihatan bergerak2 tapi belum dirasai olih ibunya.
Scan awal kandungan juga bolih mengira umur kehamilan dan tarikh jangka lahir (EDD) khas untuk mereka yang haid tidak teratur.


Jika berlaku perdarahan atau sakit kuat saperti senggugut pada ari2 - tiga kemunkinan 1). Ancaman gugur 2) kehamilan luar rahim (ectopic) 3) Hamil anggur ( molar)

Mssed abortion - tanda berdarah, scan karung kehamilan tidak bulat, irregular, lebih kecil dari umur kehamilan, janin tak bentuk , tiada denyut jantung


 Ectopic pregnancy. karung kandungan kelihatan diluar rahim biasanya disaluran fallopio.rahim saiz normal , tiada karung kehamilan  perlu bedah segera untuk cegah karung pecah didalam perut dan perdarahan didalam.

Molar pregnancy - tandanya berdarah. Scanning tidak ada karung kehamilan hanya kelihatan macam awan atau ribut salji. Perlu buat D&C dan pantau darah untuk menyukat hormon Beta HCG



Sesiapa hendak buat scan awal kehamilan untuk tentukan bayi hidup atau tidak , sila hubungi klinik 03-20941115

No comments:

Post a Comment